Siapakah saya di mata Tuhan.

Siapakah saya di mata Tuhan?

Shallom saudara saudari dalam Kristus kasih setia Tuhan terus beserta kita,

Di dalam kehidupan seharian kita di dunia ini, kita meluangkan masa terlalu banyak dengan pelbagai kesibukan dunia..sehingga tanpa kita sedari kita semakin melupakan Tuhan. Kita memandang semua pekara di dunia ini lebih bermakna daripada Tuhan itu sendiri.kita mengutamakan kerja kita, pelajaran kita, keluarga kita, keseronokan kita lebih dari Tuhan. Namun akhirnya kita akan menyedari segala kepentingan kita di dunia ini tidak akan mampu memenuhi keperluan roh, tubuh dan jiwa kita. Kita merasa kekosongan, ada sesuatu yang belum dipenuhi dalam diri kita. Namun adakah kita menyedari bahawa kalaupun kita kadang kala memandang bahawa Tuhan bukanlah terutama dalam hidup kita, tetapi adakah kita tahu bahawa Tuhan selalu memandang dengan kasih terhadap kita. Malah Tuhan menanti akan kita untuk datang kepadaNya dengan setia. Manusia selalu melupakan Tuhan, namun Tuhan tidak pernah sekali. Kalau kita berdiam diri dan merenungkan kebaikan Tuhan dalam hidup kita, sudah tentu kita menemukan pekerjaanNya yang banyak sekali dalam hidup kita.bahkan kalau hari ini kita masih beridup, bernafas..itu juga kerana Kasih Tuhan. Kalau kita mujur dalam segala sesuatu perkara yang kita lakukan.. adakah semuanya itu kerana hikmat bijaksana kita sendiri? Sudah tentu tidak, kerana hikmat bijaksana itu juga datangNya dari Tuhan.
(amsal1: 7 Takut akan TUHAN adalah permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didik)
Oleh itu saudara saudari belajar kita dari hari ke hari untuk mencari wajah Tuhan. Ingatlah bahawa kematian Tuhan Yesus Kristus di kayu salib dan Dia bangkit kembali adalah kerana kasih anugerah Tuhan kepada kita. Keselamatan itu percuma namun Ia sangat berharga. Jangan lah kita mudah lalai akan pekara di dunia ini kerana semuanya itu tidak berkekalan. Percaya bahawa Tuhan yang akan memberkati kita dalam segala keperluan yang cukup kepada kita. Bahkan burung dilangit juga Tuhan menyediakan. Apatah lagi kita manusia. Renungkan lah Firman ini.Tuhan memandang kita dengan mulia. Jadi kenapa tidak kalau kita lebih lagi mengagungkan Nama Tuhan yang menciptakan kita?

Mazmur 8 : 1-10
2. Ya TUHAN, Tuhan kami, betapa mulianya nama-Mu di seluruh bumi! Keagungan-Mu yang mengatasi langit dinyanyikan.
3. Dari mulut bayi-bayi dan anak-anak yang menyusu telah Kauletakkan dasar kekuatan karena lawan-Mu, untuk membungkamkan musuh dan pendendam.
4. Jika aku melihat langit-Mu, buatan jari-Mu, bulan dan bintang-bintang yang Kautempatkan:
5. apakah manusia, sehingga Engkau mengingatnya? Apakah anak manusia, sehingga Engkau mengindahkannya?
6. Namun Engkau telah membuatnya hampir sama seperti Allah, dan telah memahkotainya dengan kemuliaan dan hormat.
7. Engkau membuat dia berkuasa atas buatan tangan-Mu; segala-galanya telah Kauletakkan di bawah kakinya:
8. kambing domba dan lembu sapi sekalian, juga binatang-binatang di padang;
9. burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut, dan apa yang melintasi arus laut
10. Ya TUHAN, Tuhan kami, betapa mulianya nama-Mu di seluruh bumi!

No comments:

Post a Comment