kasih kanak-kanak


Sungguhpun dalam Firman Tuhan mengatakan bahawa semua manusia itu berdosa (Roma 3 :9-10), hal ini kerana sejak kejadian Adam dan Hawa yang melanggar perintah Tuhan, manusia itu telah hilang kemuliaan Allah dan dikuasai dosa. Namun Tuhan kita adalah Tuhan yang berkasih karunia. Dia adalah Tuhan yang memandang baik apa yang diciptakanNya. Kerana kasihNya kita diselamatkan melalui Yesus Kristus Penebus semua manusia. Jadi apa yang kita harus perjawabkan terhadap dosa bayi dan kanak-kanak? Bagi orang Kristian kita harus meminta hikmat dari Tuhan apabila ditujukan persoalaan begini terhadap kita ; kalau semua manusia itu berdosa, jadi bayi dan kanak-kanak juga tergolong dalam orang berdosa? Teguhkan iman kita kalau persoalan ini ditimbulkan. Jangan kerana persoalan yang menguji iman kita timbul kita terus meninggalkan Tuhan. Marilah saudara saudari kita renungkan Firman Tuhan dari :

Matius 19: 13 Lalu orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus, supaya Ia meletakkan tangan-Nya atas mereka dan mendoakan mereka; akan tetapi murid-murid-Nya memarahi orang-orang itu.
14. Tetapi Yesus berkata: "Biarkanlah anak-anak itu, janganlah menghalang-halangi mereka datang kepada-Ku; sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Sorga."
15.Lalu Ia meletakkan tangan-Nya atas mereka dan kemudian Ia berangkat dari situ.

Lukas 18:17 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, ia tidak akan masuk ke dalamnya."

Firman ini menerangkan bahawa Tuhan itu berkasih karunia terhadap bayi dan kanak-kanak.Sememangnya bayi dan kanak-kanak itu tergolong dalam orang berdosa, sebab dunia ini seumpama lautan dosa dimana kita telah tengelam di dalamnya. Satu satunya jalan keselamatan kita adalah Yesus Kristus. Ada satu ilustrasi seperti ini dimana kita diikat dengan rantai dan dicampakkan ke laut. Kita tidak mampu menyelamatkan diri sendiri,namun tiba-tiba ada satu kapal penyelamat datang dan mengirimkan seseorang untuk terjun ke laut bagi menyelamatkan kita. Lautan itu umpama dosa di dunia dan penyelamat itu adalah Yesus Kristus. Kedatangan Dia ke dunia bukanlah sesuatu yang bodoh dan sia-sia namun semuanya kerana KasihNya kepada kita.Tuhan sangat mengasihi kanak-kanak. Kalau kita melihat kehidupan Yesus, terdapat beberapa Firman yang menyatakan kasihNya terhadap kanak-kanak.Satu yang harus kita mengerti akan Rahsia Kasih Tuhan adalah Tuhan menyediakan tempat khas bagi bayi dan kanak-kanak di Surga. Saya ada membaca satu buku kesaksian dimana disitu diceritakan tentang pengelihatan dari Tuhan dimana hamba Tuhan dibawa melihat ruangan di Surga dan dia ditunjukkan tempat yang indah telah disediakan oleh Tuhan bagi bayi dan kanak-kanak yang telah meninggal dunia.

Kalau kita perhatikan di dalam dunia ini, berapa banyak kejahatan manusia terhadap bayi dan kanak-kanak. Bayi dicampak sebarangan, kanak-kanak dibunuh, dirogol, malah ada kes yang mendera anak sendiri. Dimanakah kasih kita terhadap mereka.betapa sedihnya hati Tuhan terhadap dosa dan perlangaran manusia. Bayi yang di luar nikah akan ditinggalkan di longgokan sampah dan sebagainya. Dimanakah akal fikiran manusia yang berbuat begitu? Upah dosa adalah maut. Oleh itu , segala sesuatu yang tidak berkenan pada Tuhan seperti perzinaan akan menghasilkan buah yang membawa malu pada diri sendiri. Setiap kali terbaca akhbar tentang kisah-kisah buang bayi, betapa hibanya hati. Apakah manusia sudah tidak mengingat lagi akan kasih Tuhan terhadap kita?

Semasa saya berada di perak dan turut terlibat dengan perlayanan kanak-kanak di perkampungan orang asli, saya mendapat berkat yang terbesar dari perlayanan ini. Di situ saya menginggat kembali kasih Tuhan terhadap bayi dan kanak-kanak. perlayanan kami ke kampung orang asli di sana adalah untuk mengajar mereka menulis, mengira dan membaca kerana rata-rata mereka yang disana ada yang tidak bersekolah. Malah kampung mereka sangat jauh dipendalaman di mana susah sekali bagi mereka untuk pergi ke sekolah yang terdekat. Perlayanan diketuai oleh cikgu alek, dia merupakan guru yang juga merupakan penginjil bangsa orang asli di sana. Saya dan saudara saudari yang dari utp dan uitm perak akan meluangkan masa ke kampung tersebut pada hujung minggu menggunakan trelux yang dipandu oleh cikgu alek. Walaupun perjalanan ke sana mengambil masa dua jam namun semua kami akan sangat bersukacita untuk bersama-sama dengan kanak-kanak di sana. Kami juga mengajar mereka tentang Firman Tuhan, lagu puji dan sembah dan pelbagai aktiviti yang lain. Di kampung itu ada satu gereja yang dibina dan disitulah kami mengajar mereka. Kami juga mengadakan sukanneka dengan mereka dan mengutip derma seperti pakaian dan kewangan bagi membantu mereka disana. Perlayanan ini masih diteruskan sehingga sekarang oleh saudara saudari saya di sana. Apabila menginggati mereka saya sangat rindu dan tetap berdoa bagi lawatan Tuhan terus terjadi bagi kanak-kanak tersebut.Apabila menginggati wajah mereka satu persatu hati saya sangat pilu kerana hati kecil mereka sangat humble dalam mengasihi Tuhan. Walaupun sekarang saya tidak lagi bersama sama dalam perlayanan ini namun apabila menginggati mereka, iman saya terus dibangkitkan untuk mengasihi Tuhan seperti kanak-kanak ini.



Bapa Tuhan hulurkan kasihMu bagi setiap kanak-kanak dan bayi di dunia. Lindungi mereka Ya Tuhan dari kekejaman dunia. Lawatlah kanak-kanak yang memerlukan KasihMu seperti kanak-kanak dan bayi di negara-negara miskin dan di negara yang dalam peperangan. Lihatlah penderitaan mereka. Kasihi mereka seperti mereka mengasihi dan berharap padaMu.amen.

No comments:

Post a Comment