AMSAL 31: 10-31

Shallom,

Tuhan memberkati semua. Penulisan ini adalah yang pertama buat tahun 2015. Pada waktu saya bersendirian saya merenungkan sifat sifat wanita-wanita yang tercatat di dalam Alkitab. Saya terkagum melihat contoh-contoh daripada setiap mereka yang mana sehingga membolehkan nama mereka tercatat dan menjadi contoh bagi semua orang sampai ke hari ini. Penulisan kali ini, saya begitu rindu untuk mendorong setiap para wanita membangunkan sifat-sifat wanita Kristus dalam diri masing-masing. Saya suka sekali menyimpulkan bahawa wanita itu merupakan “wanita anugerah”. Kenapa seperti itu? Kerana sejak dari kejadianNya wanita itu diadakan sebagai hadiah. Sudah tentunya kalau disebut hadiah itu sesuatu yang sangat indah. Dan sungguh wanita itu indah. Amen

Terkadang kita sebagai wanita tidak memahami bahawa kita ini adalah anugerah bagi dunia ini. Pendamping kepada si adam, sinar ceria bagi keluarga, pelindung utama bagi anak-anak dan sebagainya. Nah! Marilah para wanita selidiki keindahanmu yang mana diciptakan oleh Tuhan dan lakukan seturut gambaranmu pada semulanya. Jadikan dirimu sebagai anugerah terindah bagi semua orang yang diberikan Tuhan dalam hidupmu.

Wanita anugerah punyanya seperti ini :

1)      Menjadikan Tuhan yang utama dalam hidupnya

Apabila saya membaca tentang Ester, Hana, Maria, Ruth, Abigail, Rahab, Sarah, Ribka, Lydia dan banyak lagi saya melihat bahawa kesemua wanita ini menjadikan Tuhan sebagai yang utama dalam hidup mereka. Betapa iman mereka kepada Tuhan membawa banyak perubahan kepada setiap Rencana Tuhan ke atas dunia. Sifat ketaatan mereka membenarkan Tuhan bekerja dalam hidup mereka itu suatu hal yang luar biasa. Begitulah seharusnya yang kita miliki sebagai wanita Kristus yang mana kita ini akan menjadi wanita di Hati Bapa. Punya hati yang mengharapkan Tuhan dalam setiap aspek hidup kita. Ada banyak wanita meletakkan hati mereka kepada kehendak semata-mata. memang wanita itu banyak kehendaknya. Bicara mengenai kehendak saya melihat teladan dari Ester sang Ratu. Pada waktu dia dalam pemilihan untuk menjadi seorang ratu satu sifat yang ditunjukkan oleh Ester ialah dia tidak menginginkan kemewahan yang ditawarkan kepadanya. Dia tidak meminta-minta dan itu sangat menyenangkan hati para sida sang raja. Dia punya kecantikan yang sangat murni iaitu kecantikan dari dalaman hatinya itulah yang membolehkan dia menjadi Ratu.

2 )      Menjadi kepecayaan banyak orang

Kepercayaan itu sesuatu harta terpendam bagi setiap orang. Kepercayaan juga menuntut kesetiaan dari kita sendiri. Orang yang boleh di pecayai juga adalah seorang yang setia.  Baik dalam hal besar atau kecil sifat boleh di pecayai itu sangat penting. Terutama sekali tentang apa yang keluar daripada bicaramu. Orang yang boleh di pecayai tidak boleh berbohong harus tulus terhadap orang lain.

3 )      Kerajinan yang tak luntur

Seorang wanita yang rajin dapat membereskan segala keperluannya dan juga orang lain. Oleh demikian, malas tidak boleh ada dalam peribadinya. Sewaktu meningkat remaja saya tidak megerti kenapa ibu ku selalu memarahi kami anak gadisnya jikalau suka bangun lewat, selalu bermalasan menolong di dapur dan sebagainya. Sekarang saya memahami bahawa apapun situasi seorang wanita itu, sama ada bekeluarga atau tidak tetap dia adalah seseorang yang harus mengurus dirinya dan sekelilingnya.

4 )      Kebaikan yang tidak terbatas

Kebaikan yang tak terbatas itu kita dapat melihat contoh Ribka 24:18-20. Betapa hatinya tidak membataskan diri untuk menabur kebaikan terhadap orang lain sehingga kebaikannya itu menjadi tanda kepada hamba Abraham bahawa dialah gadis yang Tuhan pilih sebagai isteri kepada Ishak. Di dalam tradisi bangsa saya, tetamu yang datang bertadang ke rumah tidak boleh pulang tanpa diberi sedikit makanan terlebih dahulu. Walaupun itu hanya sebagai simbolik bagi menghormati tetamu, sifat seperti ini juga di tuntut oleh Tuhan.

5 )      Punya kelemah lembutan dan hati penyayang

Kelemah lembutan seorang wanita adalah keunggulannya. Kelemah lembutan mengalahkan kekerasan hati. Air mata selalu kita inggat bahawa suatu kelemahan tetapi itulah sebenarnya kekuatan wanita. Kamu mengalirkan air mata oleh kerana hatimu yang mengasihi dicairkan menjadi air mata. Mengalirkan ari mata oleh rasa sayang  seorang wanita itu satu doa yang sangat di dengar oleh Tuhan. Lihatlah contoh Hana.

6 )      Punya kuasa senyuman yang luar biasa

Ada orang kata bahawa wanita itu boleh tersenyum walau di hati dia sudah berkecai seribu.Ini benar sekali. Jangan kuburkan kuasa senyumanmu oleh sebab tanggismu hai wanita. Di situlah sebenarnya kekuatanmu. Jadikan dirimu seperti bunga yang terus mekar berkembang dengan senyumanmu dalam apa jua situasi kerana itu memberi aura yang baik dalam setiap langkah kakimu. Namun lebih indah lagi jika hiasan senyumanmu berasal dari kecantikan dalamanmu , Iaitu ketulusan hati dalam melayani semua orang yang Tuhan berikan kepadamu.

7 )      Bicara yang indah & tingkah yang berhikmat

Berbicara bila kamu harus berbicara dan bertingkahlah cermat dalam semua hal. Wanita memang banyak percakapannya. Apa saja yang dilihat oleh matanya pasti akan membuatkan bibirnya membuat penilaian. Terkadang itu boleh menyebabkan banyak perkataan yang sia sia tekeluar dari bibirnya yang mungil itu. Untuk menjaga bicara dan tingkah itu memang bukan mudah namun kita boleh praktikkan sedikit demi sedikit. Mengawal bicara dan tingkah merupakan kebijaksaan seorang wanita. Di dalam alkitab kita dapat melihat contoh Abigail dalam kebijaksanaannya sehingga dia menjadi wanita yang di puji puji.  

( 1 Sam 25:3 )

No comments:

Post a Comment