Doulos kali ini singgah sekali lagi di port, kota kinabalu sabah dan ini merupakan kedua kalinya sepanjang berada di kk, saya menjejak kaki ke kapal yang membawa pengetahuan, pertolongan dan pengharapan ke seluruh dunia ini. Kali ini saya hanya pergi membeli buku, tidak seperti tahun yang lepas di mana saya pergi mengikuti program yang diadakan khas untuk gereja2 di kk. Sesi program yang saya ikut pada tahun yang lepas iaitu " hidup melangkaui sempadan". Daripada program tersebut saya belajar sesuatu yang baru iaitu bagaimana kita hidup melangkaui putaran hidup iaitu bermula dari kita lahir, belajar, kerja, kahwin, tua dan seterusnya penghabisan hidup kita. Hidup melangkaui sempadan di sini bukan bermaksud kita ini berhidup pelik daripada orang lain ataupun hidup yang tidak mengikuti putaran hidup seperti yang saya maksud tadi. Doulas yang membawa maksud Tuhan Yesus melayani menerangkan tentang maksud hidup yang melangkaui sempadan. Pada pendapat saya, hidup melangkaui sempadan adalah hidup yang mengutamakan Tuhan dalam kehidupan kita. Saya percaya bahawa kita mempunyai panggilan hidup yang berbeza oleh Tuhan. Maksudnya di sini adalah, Tuhan itulah yang mengatur hidup kita, walaupun ada kalanya sesuatu yang Tuhan mahu dalam hidup kita ini adalah diluar pemikiran serta putaran hidup kita yang biasa. Ada satu kesaksian yang saya boleh kongsikan mengenai hidup yang dipanggil oleh Tuhan di sini. Beberapa tahun yang lepas, semasa saya mengikuti kursus SAM (sekolah alkitab malaysia) di penang, saya telah mengenali seorang pastor. Dia mengongsikan kisah hidup dia sebelum melayani sepenuhnya sebagai pastor. Pastor ini adalah seorang guru sebelum dia mengambil keputusan untuk menjadi melayani gereja sepenuhnya. Telah banyak kali, dia dipanggil Tuhan untuk memberikan sepenuhnya kehidupan dia untuk melayani namun dia mengendahkan pangilan Tuhan. Dia kongsikan, kalau dia mengambil keputusan untuk berhenti mengajar dan melayani sepenuhnya bagaimana nanti hidupnya. Pastor tiada gajinya, lagipula dia akan meninggalkan kekasih yang dia kasihi. Namun Tuhan memanggil dia untuk mengikuti rencana yang Tuhan sediakan dalam hidup dia. Tuhan menginggatkan dia dengan memberi pelbagai pencobaan serta pertolongan. salah satunya adalah dia telah mengalami kemalangan jalan raya yang hampir mengambil nyawanya. Namun dia sembuh beberapa bulan kerna dia menjawab pada Tuhan "saya sedia mengikuti rencana Mu". Selepas itu pastor ini berhenti mengajar dan dia memberikan dirinya melayani sepenuhnya di gereja. Dan sekarang, pastor ini melayani dengan sangat bersemanggat dan memberkati banyak gereja2 di semenanjung malaysia. Dia melakukan misi2 ke kampung kampung orang asli di sana. Bahkan hidupnya sangat diberkati juga. Dia berkahwin dengan kekasih yang dia putuskan untuk ditinggalkan semasa dia mengikuti SAM dan sekarang mereka mempunyai dua orang anak.Janji Tuhan itu murni saudara saudari. Tuhan itu menyediakan rencana yang lebih indah daripada rancangan kita sendiri. Mengikuti rencana Tuhan itulah yang dimaksudkan dengan hidup menglangkaui sempadan. Menjalani kehidupan yang menurut kehendak serta perintah Tuhan itulah yang dimaksudkan dengan hidup melangkaui sempadan. Sebagai contoh, Tuhan memerintahkan kita supaya mengasihi Tuhan dengan segenap hati kita dan mengasihi sesama manusia seperti diri kita sendiri ( matius 37-39 ), namun adakalanya kita membenci kawan kita, berselisih dengan orang2 di sekeling kita. adakah ini menurut perintah Tuhan? tidak bukan? Berusaha setiap hari untuk mengasihi dan melayani orang lain merupakan hidup yang melangkaui sempadan di mana kita mengatasi kelemahan kita sendiri yang kadang kala membenci orang lain. Berusaha untuk tidak hidup dalam kemabukan, hawa nafsu, perzinahan, kedengkian, keseronakan, pentingkan diri membolehkan kita hidup melangkaui sempadan. Orang Kristian yang sedia mengikuti Yesus harus senentiasa mahu memikul salibnya serta memberitakan Amanat Agung itu ke seluruh dunia( matius 28 :19). Dan kapal perlayan an Doulas boleh dikatakan sebuah kapal yang melakukan misi ini. Banyak info yang boleh tentang kapal ini dengan melawat laman web nya iaitu http://www.mvdoulos.org.


Kapal Doulos di pelabuhan kk, sabah.



Dua buah buku yang saya beli di library Doulos. Empowered Praise by Micheal Youssef and Montana Wedding by Linda Ford.

SAHABAT YANG MENARUH KASIH





SAAT BADAI KERAS MENERPA

MEMBEBANI JIWA DAN RAGA

YANG TERBAIK TELAH KAU COBA

NAMUN ITU SEMUA TAK SEINDAH ASA


SEKALIPUN KAU DIAM MEMBISU

KUMENDENGAR JERITAN HATIMU

DAN KU INGIN KAU TAHU

APAPUN YANG TERJADI KU DI SISIMU

REFF :

SEBAGAI SAHABAT YANG MENARUH KASIH DI SETIAP WAKTU

KU INGIN S'LALU MENJADI SAHABAT YANG KAU PERLU

UNTUK MENEMANIMU MELEWATI S'GALA KESUKARANMU

APAPUN YANG TERJADI KAU TAK PERNAH SENDIRI

S'BAB DOA-KU S'LALU ADA DI SINI


" Ngajat "

" Ngajat " is the traditional dancing of Iban ethnic at Borneo island. The dancing is a very unique and there are secret story of beautiful Iban woman in the every steps of danced. " Ngajat " dance always performed in the important events such as festival of harvest time. The dancer is shown their respects to the visitor and welcomes them with warm heart through "ngajat" dancing.


suatu yang saya selalu doakan sebelum saya melangkah ke satu satu tempat adalah untuk mencari gereja Tuhan dan keluarga dalam Kristus. Ternyata Tuhan itu adalah Tuhan yang beserta kita. Dia adalah Immanuel. apabila kita meminta daripada Dia seorang kawan yang baik.. Tuhan akan memberikan kita lebih dari satu kawan2 yang baik. walaupun kita jauh daripada keluarga sendiri,kita tidak akan sendiri jikakalau kita terlebih dahulu mencari gereja Tuhan. ada juga sesetengah orang tidak melihat aspek ini penting sehingga apabila sampai di sesuatu tempat mereka memilih kehidupan yang melalaikan Tuhan. Di dalam Firman Tuhan dari

matius 6:33. tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

Firman ini menerangkan kepada kita saudara saudari bahawa kalau kita mencari Tuhan sebagai keutamaan, segala sesuatu yang kita perlukan Tuhan pasti menyediakan. Tuhan mengerti bahawa kita memerlukan kawan, keluarga dan juga kasih sayang dari orang disekeliling kita.Saya sangat bersyukur kerana Tuhan selalu memberikan sahabat2 yang sangat ikhlas dalam pergaulan, saudara saudari seiman yang sangat mengasihi saya seperti adik beradik sendiri, kawan2 yang baik untuk bergaul.di sini saya bukan bermaksud sangat memilih dalam berkawan, namun apa yang saya percaya adalah segala pertemuan dan jalinan persahabatan itu adalah dalam rencana Tuhan. sebab itu kalau kita mempunyai sahabat yang sangat mengasihi kita, kita harus sangat bersyukur di atas semua berkat yang diberi kepada kita. banyak kawan yang boleh meruntuhkan kita, tetapi kalau kita meminta daripada Tuhan, kawan yang mendorong kita pada waktu susah juga ramai.



haaa.. ini adalah kawan baik saya sewaktu sekolah menengah, merekalah teman bermain saya.. kawan saat gembira dan sedih saya..sewaktu tinggal di asrama.





sesuatu kenangan yang sangat indah apabila mempunyai persekutuan dengan saudara saudari di dalam Kristus . banyak perkara yang kami lakukan bersama sama. saling membantu, mendorong antara satu sama lain. ada kawan yang boleh meninggalkan kita pada saat susah, saudara saudari dalam Kristus tidak pernah meninggalkan saya. kalau ada berlaku begitu adalah kerana kita sendirinya yang membuat keputusan untuk meninggalkan persekutuan.

Ini adalah gambar kenangan kami memasak bersama sama untuk mengadakan persekutuan doa. suasana yang menyenangkan dan saling membantu antara satu sama lain.giliran saya memasak.. adakah anda membau masakan saya?? hehehe



kami makan bersama sama dan saling melayani antara satu sama lain dengan hati yang ikhlas. apakah yang lebih baik selain dari mendapat kawan dan sahabat yang boleh dipercayai dan pastinya selalu berada di samping kita kalau kita berada dalam kesusahan?

Tuhan bisi jalai Iya..

Lebuh ku kediri sambil betati ke Jaku Tuhan malam tadi, dia aku bisi ilham ngaga siti lagu penyembahan. lagu tuk endang negu ati serta rohku. berulang-ulang pikir runding ku inggat ke lagu tuk, then aku mutus pun cuba ngiga kod lagu tuk enggau bakih ku sampai nyadi siti lagu penyembahan ti lengkap.. ati ku penuh pengaga serta enda berasai lantang lebuh ku ngelagu ke baru lagu tuk.. Tuhan nyak sigi berkuasa. dalam mayuh perkara, pemikiran enggau rencana Tuhan ba luar penemu kitai mensia. aku penuh percaya, ukai ari pengelandik diri empu ilham lagu tuk datai tang ari Roh Tuhan ti seruran besertai kitai ti arap ke Iya. Puji ke Nuan Tuhan. amen.







TUHAN BISI JALAI IYA

Dalam mayuh pekara

Tuhan bisi jalai Iya

Ti lebih besai agi
Ari runding mensia di dunya

Semua utai gaga Iya
Ukai nuju penyaie

Nya kebuah ku nitih Iya

Laban pemanah Apai di serga


c/o ku sigi enda ka alah
dalam semua pekara

sebedau ku nguji
semua pengawa Iya

Tang ku nyerah semua
nitih ke peneka Iya

laban ku pecaya
Tuhan bisi jalai Iya