Doulos kali ini singgah sekali lagi di port, kota kinabalu sabah dan ini merupakan kedua kalinya sepanjang berada di kk, saya menjejak kaki ke kapal yang membawa pengetahuan, pertolongan dan pengharapan ke seluruh dunia ini. Kali ini saya hanya pergi membeli buku, tidak seperti tahun yang lepas di mana saya pergi mengikuti program yang diadakan khas untuk gereja2 di kk. Sesi program yang saya ikut pada tahun yang lepas iaitu " hidup melangkaui sempadan". Daripada program tersebut saya belajar sesuatu yang baru iaitu bagaimana kita hidup melangkaui putaran hidup iaitu bermula dari kita lahir, belajar, kerja, kahwin, tua dan seterusnya penghabisan hidup kita. Hidup melangkaui sempadan di sini bukan bermaksud kita ini berhidup pelik daripada orang lain ataupun hidup yang tidak mengikuti putaran hidup seperti yang saya maksud tadi. Doulas yang membawa maksud Tuhan Yesus melayani menerangkan tentang maksud hidup yang melangkaui sempadan. Pada pendapat saya, hidup melangkaui sempadan adalah hidup yang mengutamakan Tuhan dalam kehidupan kita. Saya percaya bahawa kita mempunyai panggilan hidup yang berbeza oleh Tuhan. Maksudnya di sini adalah, Tuhan itulah yang mengatur hidup kita, walaupun ada kalanya sesuatu yang Tuhan mahu dalam hidup kita ini adalah diluar pemikiran serta putaran hidup kita yang biasa. Ada satu kesaksian yang saya boleh kongsikan mengenai hidup yang dipanggil oleh Tuhan di sini. Beberapa tahun yang lepas, semasa saya mengikuti kursus SAM (sekolah alkitab malaysia) di penang, saya telah mengenali seorang pastor. Dia mengongsikan kisah hidup dia sebelum melayani sepenuhnya sebagai pastor. Pastor ini adalah seorang guru sebelum dia mengambil keputusan untuk menjadi melayani gereja sepenuhnya. Telah banyak kali, dia dipanggil Tuhan untuk memberikan sepenuhnya kehidupan dia untuk melayani namun dia mengendahkan pangilan Tuhan. Dia kongsikan, kalau dia mengambil keputusan untuk berhenti mengajar dan melayani sepenuhnya bagaimana nanti hidupnya. Pastor tiada gajinya, lagipula dia akan meninggalkan kekasih yang dia kasihi. Namun Tuhan memanggil dia untuk mengikuti rencana yang Tuhan sediakan dalam hidup dia. Tuhan menginggatkan dia dengan memberi pelbagai pencobaan serta pertolongan. salah satunya adalah dia telah mengalami kemalangan jalan raya yang hampir mengambil nyawanya. Namun dia sembuh beberapa bulan kerna dia menjawab pada Tuhan "saya sedia mengikuti rencana Mu". Selepas itu pastor ini berhenti mengajar dan dia memberikan dirinya melayani sepenuhnya di gereja. Dan sekarang, pastor ini melayani dengan sangat bersemanggat dan memberkati banyak gereja2 di semenanjung malaysia. Dia melakukan misi2 ke kampung kampung orang asli di sana. Bahkan hidupnya sangat diberkati juga. Dia berkahwin dengan kekasih yang dia putuskan untuk ditinggalkan semasa dia mengikuti SAM dan sekarang mereka mempunyai dua orang anak.Janji Tuhan itu murni saudara saudari. Tuhan itu menyediakan rencana yang lebih indah daripada rancangan kita sendiri. Mengikuti rencana Tuhan itulah yang dimaksudkan dengan hidup menglangkaui sempadan. Menjalani kehidupan yang menurut kehendak serta perintah Tuhan itulah yang dimaksudkan dengan hidup melangkaui sempadan. Sebagai contoh, Tuhan memerintahkan kita supaya mengasihi Tuhan dengan segenap hati kita dan mengasihi sesama manusia seperti diri kita sendiri ( matius 37-39 ), namun adakalanya kita membenci kawan kita, berselisih dengan orang2 di sekeling kita. adakah ini menurut perintah Tuhan? tidak bukan? Berusaha setiap hari untuk mengasihi dan melayani orang lain merupakan hidup yang melangkaui sempadan di mana kita mengatasi kelemahan kita sendiri yang kadang kala membenci orang lain. Berusaha untuk tidak hidup dalam kemabukan, hawa nafsu, perzinahan, kedengkian, keseronakan, pentingkan diri membolehkan kita hidup melangkaui sempadan. Orang Kristian yang sedia mengikuti Yesus harus senentiasa mahu memikul salibnya serta memberitakan Amanat Agung itu ke seluruh dunia( matius 28 :19). Dan kapal perlayan an Doulas boleh dikatakan sebuah kapal yang melakukan misi ini. Banyak info yang boleh tentang kapal ini dengan melawat laman web nya iaitu http://www.mvdoulos.org.


Kapal Doulos di pelabuhan kk, sabah.



Dua buah buku yang saya beli di library Doulos. Empowered Praise by Micheal Youssef and Montana Wedding by Linda Ford.

No comments:

Post a Comment