Praises God for His kindness, so that I be able to share with you my thought and my inspiration. I'm very proud to my mother because she is a unique woman, my role model and woman of inspiration in my life. It always be my dreamed to honor her for every bit of love that she have given to me. Remembrance of her in my prayer and hope she has proud of me as her daughter. Dress @ "ngepan indu iban" that I wear in the pictures is my mother handmade. I love you, mother. Your are rare orchid, it bloomed only one- but one it bloomed, it bloomed forever.
Cinta Suci
Posted by
Unknown
Kalau ditanya mengenai "cinta" mungkin kita akan mendapatkan banyak jawapan.
..ada yang kata cinta itu wujud dengan 3 perkataan " I LOVE YOU "
.. ada yang kata cinta itu buta
.. ada yang kata cinta itu seperti pandang pertama
.. ada yang kata cinta itu hanya cinta monyet
..ada yang mengistilahkan erti cinta seperti cinta " 1 night stand "
.. ada yang mengatakan kalau jatuh cinta rasanya cinta itu setengah mati
..ada yang kata cinta itu perasaan yang sangat romantik dan mendalam.
... dan banyak lagi.
Namun adakah kita pernah menjumpai erti cinta dalam diri kita. Definasi cinta yang sebenar dapat kita temukan melalui Firman Tuhan. pengertian cinta adalah cinta yang Tuhan berkati. Cinta suci menghasilkan perhubungan suci. Amen.
Kumangbaik_jue.
" Ya Tuhan yang mendengarkan seruan hatiku,
kepadaMu ku berharap.. jalan KasihMu mendahului hidupku,
jagalah dia yang ku kasihi ya Tuhan,
biar matanya tertuju pada rencanaMu,
Beri dia hikmat dan pertimbangan,
Mengenal diriku sebagai
tubuh dari tulang rusuknya
Tuhan lah yang memimpin kami dalam percintaan yang suci.
Sehingga indah pada waktunya kami bersama selamanya. "
Anak Arnab
Posted by
Unknown
Ada seekor anak arnab yang sangat manja dengan ibunya dan
ibunya sangat memanjakan dia. Suatu hari anak arnab ini merajuk dengan ibunya
oleh kerana ibunya tidak membenarkan dia berjalan sendirian. Anak arnab berkata
“ Saya sudah bosan mendengar larangan ibu dan saya mau pergi jauh dari ibu.
Saya mau lari ke gunung”.Jawab ibunya “ di gunung aku ada bersamamu”. Anak
arnab berkata “ kalau begitu saya mau
lari ke lembah”. Jawab ibunya “ di lembah aku ada bersamamu”. Anak arnab
berkata lagi “ Jika begitu aku lari ke
gurun”. Jawab ibunya “ di gurun aku ada bersamamu”.Akhirnya anak arnab berkata “
ah ibu ini, ke mana aku boleh pergi tanpa ibu ada di situ ? Jawab ibunya “ kemana saja kamu pergi, aku ada
di situ, buktinya seperti sekarang kamu masih bersamaku sementara hatimu mau
meninggalkan ibu .. kamu masih tetap bersembunyi di dalam pelukan ibu apabila
ketakutan ”.
Mazmur 139 : Tuhan, Engkau menyelidiki dan mengenal aku. Engkau
mengetahui kalau aku duduk atau berdiri, Engkau mengerti pikiranku dari jauh. Engkau
memeriksa aku, kalau aku berjalan dan berbaring, segala jalanku Kaumaklumi. Sebab
sebelum lidahku mengeluarkan perkataan, sesungguhnya, semuanya telah Kau ketahui ya Tuhan. Dari belakang dan dari
depan, Engkau mengurung aku, dan Engkau menaruh tanganMu ke atasku. Terlalu
ajaib bagiku pengetahuan itu, terlalu tinggi, tidak sanggup aku mencapainya. Ke
mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari hadapan Mu? Jika
aku mendaki ke langit, Engkau di sana, jika aku menaruh tempat tidurku di dunia
orang mati, di situ pun engkau. Jika aku terbang dengan sayap fajar, dan
membuat kediaman di ujung laut, juga di sana tanganMu akan menuntun aku, dan
tangan kananMu memegang aku. Jika aku berkata, “ Biarlah kegelapan saja
melingkupi aku dan terang sekelilingku menjadi malam”, maka kegelapan pun tidak
mengelapkan bagiMu, dan malam menjadi terang seperti siang, kegelapan sama seperti
terang.
Terkadang kita bertindak seperti anak arnab, iaitu mahu
memberontak dari perlindungan ibunya. Ilustrasi ini menerangkan bagaimana
terkadang kita tidak mahu Tuhan menjagai kita. Kita mahu melakukan hal menurut
hati dan kehendak kita, sudah tentunya keinginan yang tidak menyenangkan hati Tuhan malah ia tidak benar juga bagi
pandangan manusia. Kita bertindak mahu melukai hati Tuhan lalu tidak mahu juga
mendengarkan perkataan nasihat dari yang lain. Justru, kita berkata juga
membenarkan diri kita sendiri berbuat salah di dalam hati “ ini hidup saya! Tiada
siapa berhak mencampurinya. Tuhan juga tidak berhak. Sekali ini saja biarkan
saya dengan cara sendiri, lalu berbuat sedikit kesalahan tidak apa apa juga. Ini
hidup saya ! saya mahu hak saya !” sifat
sebagai manusia selalu mahu mementingkan diri, itu memang tidak dinafikan. Tanpa
kita menyedari sebenarnya hidup kita adalah milik Tuhan. Dialah yang punya hak
sepenuhnya ke atas kita dan jika kita memberontak kita menolak hak Tuhan dalam
hidup kita. Buktinya, nafas hidup kita setiap hari.. bagaimana mungkin kita katakan
bahawa oksigen itu juga hak kita jikakalau hidupan yang lain turut berhidup
olehnya? Bagaimana mungkin kita berkata matahari kepunyaan kita jikakalau
seluruh bumi dan semesta di terangi olehnya? Sedari diri kita kepunyaan Tuhan dan Dia lah
berkuasa atas hidup kita. Mengetahui yang belum kita ketahui. Menyediakan apa
yang belum kita minta. Terpujilah Tuhan, Sang Pencipta Kita.
“ Saya berdoa Ya Tuhan, bahawa hati ini tidak akan pernah
mahu menjauhi diri dari pengelihatanMu bahkan semakin hari mahu terus tinggal
dalam dakapanMu. Amen”.
Si Ratu Hati
Posted by
Unknown
Ada sebuah ilustrasi di mana dalam sebuah negeri diadakan satu pertandingan mencari ratu hati. Dimana setiap orang perlu mempersembahkan hati masing masing ke mezbah peraduan di hadapan hakim tertinggi. Siapa yang punya hati terindah akan dianugerahkan mahkota di Raja. maka ramailah yang mempersembahkan hati mereka. Semua Hati hati mereka tampak indah dan elok belaka maka begitu sukar bagi hakim untuk memilih ratu hati. Saat itu datanglah seorang gadis yang miskin tampil mempersembahkan hatinya. tampak hatinya begitu teruk sekali. Terdapat banyak lakaran parut dan tampalan di hatinya. Maka ditanya oleh hakim kenapa dia mahu mempersembahkan hati yang sebegitu teruk sekali. Lalu gadis itu menjawab " sepanjang hidupku aku menemui orang orang yang ku kasihi lebih dari diri ku sendiri kerana mereka memberi makna berharga dalam hidupku. Oleh itu aku juga sanggup membahagikan bahagian bahagian dari hatiku untuk mereka apabila mereka terluka dan menampal cebisan hati mereka juga dengan mengambil bahagian dari hatiku. Dengan itu nama mereka tetap terukir kukuh di dinding hatiku. Sebab itu aku mempersembahkan hati ini. Dengan harapan aku membawa kemenangan bagi semua nama yang tertulis di situ." Selain kasihnya Tuhan kita perlukan kasih sesama sendiri. Sebab itulah terkadang orang yang begitu dekat di hati kita itulah yan selalu membuat hati kita tergores hancur, namun yang pasti kita tetap lut akan kesakitannya, benar? kita tabah mengasihi mereka serta tidak menghilangkan namanya dalam hati kita. Semua itu bukan kerana kita kuat namun kerana Kasih Tuhan yang mengajar kita seperti itu. Hati Tuhan juga terlebih lagi mengasihi kita yang berdosa ini. Dia tidak pernah melupakan kita dalam kasihNya yang setia.
Kumangbaik_jue
Pelangi Kasih
Posted by
Unknown
Tak Terselami Kasih SetiaMu Ya Tuhan.. Selamanya ku sujud menyembah
Tiada kata yang dapat menilai KebesaranMu.. Selamanya ku sujud menyembah
Tak terukir indahnya Karya AgungMu... Selamanya ku sujud menyembah
Besar Ajaib PerbuatanMu... Selamanya ku sujud menyembah
Bila ragu menghampiriku... Kau datang meyakinku
Bila lelah menguasiku.. Kau datang menguatkanku
Bila tangis membanjir jiwaku.. Kau hadir menghiburkanku
Bila resah menyelubungiku.. Kau hadir beri pengharapan baru
Tiada nama lain hidupku di'slamatkan.. Hanya Nama Yesus yang ada di dalam hatiku
Tiada nama lain hidupku di'menangkan..Hanya Nama Yesus yang ada di dalam hatiku
Tiada nama lain hidupku di'hargai.. Hanya Nama Yesus yang ada di dalam hatiku
Tiada nama lain hidupku di'ampuni.. Hanya Yesus yang ada di dalam hatiku
Kumangbaik_jue
Subscribe to:
Posts (Atom)









