Anak Arnab


Ada seekor anak arnab yang sangat manja dengan ibunya dan ibunya sangat memanjakan dia. Suatu hari anak arnab ini merajuk dengan ibunya oleh kerana ibunya tidak membenarkan dia berjalan sendirian. Anak arnab berkata “ Saya sudah bosan mendengar larangan ibu dan saya mau pergi jauh dari ibu. Saya mau lari ke gunung”.Jawab ibunya “ di gunung aku ada bersamamu”. Anak arnab berkata  “ kalau begitu saya mau lari ke lembah”. Jawab ibunya “ di lembah aku ada bersamamu”. Anak arnab berkata lagi  “ Jika begitu aku lari ke gurun”. Jawab ibunya “ di gurun aku ada bersamamu”.Akhirnya anak arnab berkata “ ah ibu ini, ke mana aku boleh pergi tanpa ibu ada di situ ?  Jawab ibunya “ kemana saja kamu pergi, aku ada di situ, buktinya seperti sekarang kamu masih bersamaku sementara hatimu mau meninggalkan ibu .. kamu masih tetap bersembunyi di dalam pelukan ibu apabila ketakutan  ”.

Mazmur 139 : Tuhan, Engkau menyelidiki dan mengenal aku. Engkau mengetahui kalau aku duduk atau berdiri, Engkau mengerti pikiranku dari jauh. Engkau memeriksa aku, kalau aku berjalan dan berbaring, segala jalanku Kaumaklumi. Sebab sebelum lidahku mengeluarkan perkataan, sesungguhnya, semuanya telah  Kau ketahui ya Tuhan. Dari belakang dan dari depan, Engkau mengurung aku, dan Engkau menaruh tanganMu ke atasku. Terlalu ajaib bagiku pengetahuan itu, terlalu tinggi, tidak sanggup aku mencapainya. Ke mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari hadapan Mu? Jika aku mendaki ke langit, Engkau di sana, jika aku menaruh tempat tidurku di dunia orang mati, di situ pun engkau. Jika aku terbang dengan sayap fajar, dan membuat kediaman di ujung laut, juga di sana tanganMu akan menuntun aku, dan tangan kananMu memegang aku. Jika aku berkata, “ Biarlah kegelapan saja melingkupi aku dan terang sekelilingku menjadi malam”, maka kegelapan pun tidak mengelapkan bagiMu, dan malam menjadi terang seperti siang, kegelapan sama seperti terang.

Terkadang kita bertindak seperti anak arnab, iaitu mahu memberontak dari perlindungan ibunya. Ilustrasi ini menerangkan bagaimana terkadang kita tidak mahu Tuhan menjagai kita. Kita mahu melakukan hal menurut hati dan kehendak kita, sudah tentunya keinginan yang tidak menyenangkan  hati Tuhan malah ia tidak benar juga bagi pandangan manusia. Kita bertindak mahu melukai hati Tuhan lalu tidak mahu juga mendengarkan perkataan nasihat dari yang lain. Justru, kita berkata juga membenarkan diri kita sendiri berbuat salah di dalam hati “ ini hidup saya! Tiada siapa berhak mencampurinya. Tuhan juga tidak berhak. Sekali ini saja biarkan saya dengan cara sendiri, lalu berbuat sedikit kesalahan tidak apa apa juga. Ini hidup saya ! saya mahu hak saya !”  sifat sebagai manusia selalu mahu mementingkan diri, itu memang tidak dinafikan. Tanpa kita menyedari sebenarnya hidup kita adalah milik Tuhan. Dialah yang punya hak sepenuhnya ke atas kita dan jika kita memberontak kita menolak hak Tuhan dalam hidup kita. Buktinya, nafas hidup kita setiap hari.. bagaimana mungkin kita katakan bahawa oksigen itu juga hak kita jikakalau hidupan yang lain turut berhidup olehnya? Bagaimana mungkin kita berkata matahari kepunyaan kita jikakalau seluruh bumi dan semesta di terangi olehnya?  Sedari diri kita kepunyaan Tuhan dan Dia lah berkuasa atas hidup kita. Mengetahui yang belum kita ketahui. Menyediakan apa yang belum kita minta. Terpujilah Tuhan, Sang Pencipta Kita.


“ Saya berdoa Ya Tuhan, bahawa hati ini tidak akan pernah mahu menjauhi diri dari pengelihatanMu bahkan semakin hari mahu terus tinggal dalam dakapanMu. Amen”.

1 comment:

Angin Layau said...

yah... that a good story.. just like bedtime story gitu,.\

Post a Comment