Si Ratu Hati

 


 


Ada sebuah ilustrasi di mana dalam sebuah negeri diadakan satu pertandingan mencari ratu hati. Dimana setiap orang perlu mempersembahkan hati masing masing ke mezbah peraduan di hadapan hakim tertinggi. Siapa yang punya hati terindah akan dianugerahkan mahkota di Raja. maka ramailah yang mempersembahkan hati mereka. Semua Hati hati mereka tampak indah dan elok belaka maka begitu sukar bagi hakim untuk memilih ratu hati. Saat itu datanglah seorang gadis yang miskin tampil mempersembahkan hatinya. tampak hatinya begitu teruk sekali. Terdapat banyak lakaran parut dan tampalan di hatinya. Maka ditanya oleh hakim kenapa dia mahu mempersembahkan hati yang sebegitu teruk sekali. Lalu gadis itu menjawab " sepanjang hidupku aku menemui orang orang yang ku kasihi lebih dari diri ku sendiri kerana mereka memberi makna berharga dalam hidupku. Oleh itu aku juga sanggup membahagikan bahagian bahagian dari hatiku untuk mereka apabila mereka terluka dan menampal cebisan hati mereka juga dengan mengambil bahagian dari hatiku. Dengan itu nama mereka tetap terukir kukuh di dinding hatiku. Sebab itu aku mempersembahkan hati ini. Dengan harapan aku membawa kemenangan bagi semua nama yang tertulis di situ." Selain kasihnya Tuhan kita perlukan kasih sesama sendiri. Sebab itulah terkadang orang yang begitu dekat di hati kita itulah yan selalu membuat hati kita tergores hancur, namun yang pasti kita tetap lut akan kesakitannya, benar? kita tabah mengasihi mereka serta tidak menghilangkan namanya dalam hati kita. Semua itu bukan kerana kita kuat namun kerana Kasih Tuhan yang mengajar kita seperti itu. Hati Tuhan juga terlebih lagi mengasihi kita yang berdosa ini. Dia tidak pernah melupakan kita dalam kasihNya yang setia.


Kumangbaik_jue

1 comment:

Post a Comment