Kasih untuk bayi


pic 1. sewaktu lawatan doa kesyukuran bagi ibu saudara member satu church yang baru melahirkan bayi lelaki kembar. bayi ini salah seorang kembar itu. mereka baru berusia 1 minggu.

Apabila melihat pada wajah bayi.. jauh di lubuk hatiku terkagum dengan kekuasaan Tuhan terhadap segala ciptaanNya. Setiap kali saya merenung wajah bayi, saya bertanya sendiri..?? kenapa perasaan kasih yang sangat mendalam terhadap bayi itu ada dalam diri saya?? Itu adalah rahsia terbesar dalam mengenal sifat seorang wanita.. dan saya mendapat satu pengertian tentang kasih itu.. dimana saya sangat bersyukur bahawa saya adalah perempuan. Itu adalah kerana Tuhan mengeruniakan perasaan tersebut dalam setiap ciptaanNya yang dipanggil perempuan..atau golongan hawa. Saya sangat setuju kalau ada pendapat mengatakan bahawa perempuan memang mempunyai sifat penyayang semulajadi terhadap bayi. Namun saya tidak maksudkan bahawa lelaki tidak menyayangi bayi, ia.. semestinya mereka ada perasaan begitu. Namun perempuan memilikinya lebih banyak lagi..itu juga benar..sejak dari perempuan itu masih lagi kanak-kanak..menjadi seorang gadis dan akhirnya ibu..sifat pengasih terhadap bayi ini turut membesar bersama dengan mereka. Pendapat mengatakan ibu itu sanggup mati kerana seorang anak.. itu benar.



pic 2. they so cute.. sempat bermain n betengkar semasa ambik gambar..haha

Sungguhpun saya tidak mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu.. itu adalah pada masa depan. Namun kasih terhadap bayi dan kanak- kanak sangat menyenangkan hati saya. Wajah mereka selalu membuatkan hati saya ceria. Mereka yang ku nyatakan di sini adalah semua anak-anak buahku, kanak-kanak berkat yang pernah ku layani. Mengingati mereka aku menjadi sangat rindu.
Teringgat pada satu lagu yang selalu saya ajarkan pada anak buahku yang comel itu..
Dan lagu itu juga sangat menginggatkanku tentang kasih ibuku pada masa dulu.


DI DOA IBUKU NAMAKU DISEBUT

DI WAKTU KU MASIH KECIL GEMBIRA DAN SENANG
TIADA DUKA KU KENAL TAK KUNJUNG MENGERANG
DI SORE HARI NAN SEPI IBUKU BERTELUT
SUJUD BERDOA KU DENGAR NAMAKU DISEBUT

DI DOA IBUKU NAMAKU DISEBUT
DI DOA IBU KU DENGAR ADA NAMAKU DISEBUT
SEKARANG DIA TELAH PERGI KE RUMAH YANG SENANG
NAMUN KASIHNYA PADAKU SELALU KU KENANG
KELAK DI SANA KAMI PUN BERSAMA BERTELUT
MEMUJI TUHAN YANG DENGAN NAMAKU DISEBUT

DI DOA IBUKU NAMAKU DISEBUT
DI DOA IBU KU DENGAR ADA NAMAKU DISEBUT

No comments:

Post a Comment