Korea Trip.. Annyeonghaseyo


Shallom,

Ada beberapa orang kawan bertanyakan kepada bagaimana melakukan trip persendirian ke korea, jadi saya memutuskan untuk menuliskan coretan di sini sebagai panduan kawan kawan yang merancang untuk ke sana. Coretan ini adalah berlandasan pengalaman semata mata dan hanya gambaran yang sedikit dari besarnya dan luasnya tanah korea untuk di jelajahi .Juga menurut rancangan peribadi anda sendiri. Semoga coretan ini membantu anda, dan bagi kawan kawan terdekat anggaplah sebagai cenderahati dari saya kerana jika diberi hadiah semuanya maka tidak cukuplah rasanya untuk semua. 

Persiapan sebelum pergi...
1) passport renew at least 6 bulan sebelum tarikh luput. bagusnya Korea hanya cuma perlu passport untuk datang ke tempat mereka. Kamsahamida!
2) jaket ikut musim yang sesuai..kalau musim dingin beli yang tebal2. sejuk amat di sana kalau bagi saya. pergi hampir musim bunga pun saya tidak tahan sejuk nya. di sana nanti pandai2 lah membeli hot pad ke apa ke kalau terlampau sejuk. ada di jual di mana2. stokin jalan dan tidur jangan lupa. dan yang lain2 yang bersesuaian dengan anda.
3) makanan kalau nak save bajet mungkin bole bawa dari sini yang simple la. mana tau ada makanan yang tak kena selera. tapi saya tak de nak bawa makanan sebab sampai sana makan jak apa diaorang makan. sedapppppp.. sangat makanan diaorang. tak lupa saya mee kicap hitam tu ( checangmioun).
4) jangan lupa install app Subway Korea dan Kamera.
5) survey hotel di trivago.. pilih paling dekat dengan subway.

itulah saja yang penting mungkin..

Flight dari KL ke Seoul lebih kurang 6 jam.. satu hari memang tuk perjalanan pegi balik. Nak terus cerita bila sudah sampai di airport seoul. pertama sekali kamu bole lah survey tempat untuk beliwifi @ sim card. kalau yang advance bole booking online sebelum sampai seoul.  http://www.egsimcard.co.kr/ . hari tu saya ambik sim card + plan data supaya tidak hilang dari radar malaysia. hahaha.. tapi di seoul ollehwifi nya ada di mana2 station subway dan airport..tidak begitu susah mendapatkan wifi percuma di seoul. perlu ambik sim card sebab cuma untuk emergency yang mana kita perlu domestik or international call. kalau data rooming habislah kena charge mahal.

Ok. untuk transport dari airport ke hotel anda boleh pilih. banyak option. ada duit pakai jak teksi. paling murah arex transit ( airport train ) . kalau tinggal di kawasan mapo-hongdea university bagus pakai airport train. ( airport Base 1 ) utk dapatkan tiketnya. Saya tinggal di kawasan Myeongdong jadi transport paling bagus saya ambik ialah airport bus. ( No bus 6015 ) tambang 15000 won ( RM 60 ). bus akan singgah di Myeongdong Subway ( Exit 8 ).. Nanti balik pun boleh tunggu bus di sini untuk pergi airport.




Di seoul transport pakai subway paling flexsible dan murah. jadi kena beli T money yang mana boleh top up di ticket vending subway. ada di jual di 7 eleven @  kedai 24 jam (GS25, CU, Ministop, With Me, Buy The Way, Story Way, etc.) 

Untuk rancangan trip saya cerita pengalaman saya. sebab saya hanya 5 hari di sana tolak dua hari hanya perjalanan Malaysia-Korea. waktu malam sampai tu saya pergi jalan sekitar myeondong street. banyak tempat membeli makanan dan meriah tempat membeli di myeongdong. 

Second day Trip to Petite France-Nami-Morning Garden Calm. Actually pergi tempat ini bole guna subway atau KT train kemudian ambik shuttle bus di gapyeong untuk jimat kos. tapi saya tak mahu ambik risiko sesat sebab tempat tu jauh dari seoul dan menyenangkan perjalanan yang lebih teratur jadi saya ambik pakej Trip. Satu hari perjalanan RM 299 ikut harga offer by travel agent. boleh survey dulu sebelum pergi di website mana Trip yang kamu mahu dan harganya. saya survey di https://www.trazy.com/ .




Third day trip sekitar bandar seoul. Untuk pengetahuan, Myeongdong adalah di tengah2 tempat2 menarik di seoul. jalan dulu ke tempat trip mark seperti Cheonggyecheon River - K Style Hub - Myeongdong Cathedral - Lotte Sopping Mall. Dan seterusnya ambik subway ke Ehwa University dari Myeogdong Eljiro 2.
Ehwa Woman University sangat cantik design binaan bangunannya. terpegun saya !! 




Seterusnya boleh teruskan perjalanan ke Nandeamun market.. dari Ehwa University ambik subway singgah di city hall then jalan kaki ke Nandemun market. Membeli la cenderahati di sini.. ada yang murah2. Myeongdong banyak barang kosmetik saja. 

Satu pesanan saya buka google map sepanjang perjalanan jalan kaki . kalau tanya2 orang memang sesat sebab penerangan tidak jelas.

Hari keempat baru saya kesempatan pergi mark place seoul Gyeongbukgong - muzium National Folk - Buckhon Hanok Village - N Tower - Insadong & dongdeamun market. Memang tak cukup hari nak roda semua tempat menarik di seoul sebab masih banyak tarikan bangunan bersejarah dan muzium di seoul. Next trip baru habiskan perjalanan saya. Amen. Untuk ke Gyeongbukgong ambik subway dari Myeongdong ke Chungmuru Transit to line 3 ke Angguk. Boleh juga terus ke Gyeongbukgong station. Saya dan anak buah saya singgah di Angguk Station dan jalan kaki ke Gyeongbukgong sebab untuk pegi kedai tukar baju pakai hanbok. kalau pakai hanbok semua fee masuk ke tempat2 perlancongan di seoul tak perlu bayar.. itu yang besttttt sangat. hanbok bole sewa ( RM 60 ) atau beli ( RM 200 ). kami mulakan trip di Gyeongbukgong tepat waktu Royal Changing Gate Ceremony. sangat menarik tradisi orang korea dulu dulu. untuk tengok perayaan ini pegi waktu pagi mula jam 10am, dan kalau petang jam 2pm. Jangan lepaskan peluang. seterusnya pegi mazium National Folk sebelum jalan jalan di Buchan Hamok Village. 


Ok. hampir malam saya dan anak buah ambik subway balik ke Myeongdong ikut laluan pergi tadi. Dari Angguk Station- Chungmuru transit line 4 ke Myeongdong. lepas tu kami jalan kaki dari Myeongdong subway Exit 2 ke station cable car di Namsan.. mulai gelap jadi takut juga mau jalan kaki sampai atas N Tower. kami ambik Cable car round trip 8000 won. Memorable place to visit at seoul. datang sini barulah simbol kita ada di seoul. dari pemandangan cable car boleh nampak keselurahan bandar ini. waktu kami pergi sudah gelap jadi nampak lampu saja tapi tetap cantik. 



Balik dari situ kakak angkat saya ambik pegi jalan2 di insadong dan dongdeamun market. sebab dah shopping berhabis jadi tidak membeli di sini. makan mee yang saya cari je. hehehe. thank you kakak angkat ku bawa kesini.

Besoknya balik lah dari seoul ambik bus dari Myeongdong - Incheon Airport. Sampai di airport kalau ada nak buat tax refund pegi ke gate 28 di balai berlepas. buat scan dulu sebelum tu. tanya information kaunter. T money juga bole refund di kedai tempat beli T money. 

setakat ini perkongsian saya. harap membantu.. Sarangheyo!!!








AMSAL 31: 10-31

Shallom,

Tuhan memberkati semua. Penulisan ini adalah yang pertama buat tahun 2015. Pada waktu saya bersendirian saya merenungkan sifat sifat wanita-wanita yang tercatat di dalam Alkitab. Saya terkagum melihat contoh-contoh daripada setiap mereka yang mana sehingga membolehkan nama mereka tercatat dan menjadi contoh bagi semua orang sampai ke hari ini. Penulisan kali ini, saya begitu rindu untuk mendorong setiap para wanita membangunkan sifat-sifat wanita Kristus dalam diri masing-masing. Saya suka sekali menyimpulkan bahawa wanita itu merupakan “wanita anugerah”. Kenapa seperti itu? Kerana sejak dari kejadianNya wanita itu diadakan sebagai hadiah. Sudah tentunya kalau disebut hadiah itu sesuatu yang sangat indah. Dan sungguh wanita itu indah. Amen

Terkadang kita sebagai wanita tidak memahami bahawa kita ini adalah anugerah bagi dunia ini. Pendamping kepada si adam, sinar ceria bagi keluarga, pelindung utama bagi anak-anak dan sebagainya. Nah! Marilah para wanita selidiki keindahanmu yang mana diciptakan oleh Tuhan dan lakukan seturut gambaranmu pada semulanya. Jadikan dirimu sebagai anugerah terindah bagi semua orang yang diberikan Tuhan dalam hidupmu.

Wanita anugerah punyanya seperti ini :

1)      Menjadikan Tuhan yang utama dalam hidupnya

Apabila saya membaca tentang Ester, Hana, Maria, Ruth, Abigail, Rahab, Sarah, Ribka, Lydia dan banyak lagi saya melihat bahawa kesemua wanita ini menjadikan Tuhan sebagai yang utama dalam hidup mereka. Betapa iman mereka kepada Tuhan membawa banyak perubahan kepada setiap Rencana Tuhan ke atas dunia. Sifat ketaatan mereka membenarkan Tuhan bekerja dalam hidup mereka itu suatu hal yang luar biasa. Begitulah seharusnya yang kita miliki sebagai wanita Kristus yang mana kita ini akan menjadi wanita di Hati Bapa. Punya hati yang mengharapkan Tuhan dalam setiap aspek hidup kita. Ada banyak wanita meletakkan hati mereka kepada kehendak semata-mata. memang wanita itu banyak kehendaknya. Bicara mengenai kehendak saya melihat teladan dari Ester sang Ratu. Pada waktu dia dalam pemilihan untuk menjadi seorang ratu satu sifat yang ditunjukkan oleh Ester ialah dia tidak menginginkan kemewahan yang ditawarkan kepadanya. Dia tidak meminta-minta dan itu sangat menyenangkan hati para sida sang raja. Dia punya kecantikan yang sangat murni iaitu kecantikan dari dalaman hatinya itulah yang membolehkan dia menjadi Ratu.

2 )      Menjadi kepecayaan banyak orang

Kepercayaan itu sesuatu harta terpendam bagi setiap orang. Kepercayaan juga menuntut kesetiaan dari kita sendiri. Orang yang boleh di pecayai juga adalah seorang yang setia.  Baik dalam hal besar atau kecil sifat boleh di pecayai itu sangat penting. Terutama sekali tentang apa yang keluar daripada bicaramu. Orang yang boleh di pecayai tidak boleh berbohong harus tulus terhadap orang lain.

3 )      Kerajinan yang tak luntur

Seorang wanita yang rajin dapat membereskan segala keperluannya dan juga orang lain. Oleh demikian, malas tidak boleh ada dalam peribadinya. Sewaktu meningkat remaja saya tidak megerti kenapa ibu ku selalu memarahi kami anak gadisnya jikalau suka bangun lewat, selalu bermalasan menolong di dapur dan sebagainya. Sekarang saya memahami bahawa apapun situasi seorang wanita itu, sama ada bekeluarga atau tidak tetap dia adalah seseorang yang harus mengurus dirinya dan sekelilingnya.

4 )      Kebaikan yang tidak terbatas

Kebaikan yang tak terbatas itu kita dapat melihat contoh Ribka 24:18-20. Betapa hatinya tidak membataskan diri untuk menabur kebaikan terhadap orang lain sehingga kebaikannya itu menjadi tanda kepada hamba Abraham bahawa dialah gadis yang Tuhan pilih sebagai isteri kepada Ishak. Di dalam tradisi bangsa saya, tetamu yang datang bertadang ke rumah tidak boleh pulang tanpa diberi sedikit makanan terlebih dahulu. Walaupun itu hanya sebagai simbolik bagi menghormati tetamu, sifat seperti ini juga di tuntut oleh Tuhan.

5 )      Punya kelemah lembutan dan hati penyayang

Kelemah lembutan seorang wanita adalah keunggulannya. Kelemah lembutan mengalahkan kekerasan hati. Air mata selalu kita inggat bahawa suatu kelemahan tetapi itulah sebenarnya kekuatan wanita. Kamu mengalirkan air mata oleh kerana hatimu yang mengasihi dicairkan menjadi air mata. Mengalirkan ari mata oleh rasa sayang  seorang wanita itu satu doa yang sangat di dengar oleh Tuhan. Lihatlah contoh Hana.

6 )      Punya kuasa senyuman yang luar biasa

Ada orang kata bahawa wanita itu boleh tersenyum walau di hati dia sudah berkecai seribu.Ini benar sekali. Jangan kuburkan kuasa senyumanmu oleh sebab tanggismu hai wanita. Di situlah sebenarnya kekuatanmu. Jadikan dirimu seperti bunga yang terus mekar berkembang dengan senyumanmu dalam apa jua situasi kerana itu memberi aura yang baik dalam setiap langkah kakimu. Namun lebih indah lagi jika hiasan senyumanmu berasal dari kecantikan dalamanmu , Iaitu ketulusan hati dalam melayani semua orang yang Tuhan berikan kepadamu.

7 )      Bicara yang indah & tingkah yang berhikmat

Berbicara bila kamu harus berbicara dan bertingkahlah cermat dalam semua hal. Wanita memang banyak percakapannya. Apa saja yang dilihat oleh matanya pasti akan membuatkan bibirnya membuat penilaian. Terkadang itu boleh menyebabkan banyak perkataan yang sia sia tekeluar dari bibirnya yang mungil itu. Untuk menjaga bicara dan tingkah itu memang bukan mudah namun kita boleh praktikkan sedikit demi sedikit. Mengawal bicara dan tingkah merupakan kebijaksaan seorang wanita. Di dalam alkitab kita dapat melihat contoh Abigail dalam kebijaksanaannya sehingga dia menjadi wanita yang di puji puji.  

( 1 Sam 25:3 )

Cinta Tiada Terkata





Air mata menceritakan cerita cinta tiada terkata,

Senyuman menyembunyikan kasih sedalam samudera,

Kekasihku mengunci hatinya, namun pandangannya penuh rasa cinta,

Kekasihku menyimpan segala perkataannya, namun tingkahnya kasih tidak terhingga.

Kekasih hatiku kenapa harus di uji cintaku sehebat ini?

Tiada yang memikat hatiku selain putera pujaanku

Kekasih hatiku kenapa harus di nilai sehebat ini kasihku?

Tiada yang ku rindu selain putera idamanku.

Pandanglah pada gadis ini, di matanya hanya wajahmu,

Lihat ke dalam hati gadis ini, setiap sudut tertulis namamu,

Bagaimana harus dia memberi pada yang lain?

Semua yang dia ada menceritakan cintanya padamu.

Hanya berikan sudut terkecil di hatimu bagi cintanya,

Bunga bunga cinta akan dia gubahkan dalam seluruh hatimu,

Kekasih hatiku, dengarlah walau hanya sekali detak hati gadis ini,

Seluruh kesunyianmu akan terhibur oleh lagu cinta dari cintanya.

Keunikan cinta kita telah dimenterai oleh Sang Pencipta.

Perjalanan kita telah terakam oleh waktu.

Lagu harus seiring dengan iramanya,

Jiwa harus kembali pada tubuhnya,

Tulang rusuk yang diambil harus kembali kepada miliknya,

Begitulah seharusnya cinta ini mulai bebicara.

~kumangbaik_jue~

Ngepan Indu Iban

Praises God for His kindness, so that I be able to share with you my thought and my inspiration. I'm very proud to my mother because she is a unique woman, my role model and woman of inspiration in my life. It always be my dreamed to honor her for every bit of love that she have given to me. Remembrance of her in my prayer and hope she has proud of me as her daughter. Dress  @ "ngepan indu iban" that I wear in the pictures is my mother handmade. I love you, mother. Your are rare orchid, it bloomed only one- but one it bloomed, it bloomed forever.









Cinta Suci








Kalau ditanya mengenai "cinta" mungkin kita akan  mendapatkan banyak jawapan.
..ada yang kata cinta itu wujud dengan 3 perkataan " I LOVE YOU "
.. ada yang kata cinta itu buta
.. ada yang kata cinta itu seperti pandang pertama
.. ada yang kata cinta itu hanya cinta monyet
..ada yang mengistilahkan erti cinta seperti cinta " 1 night stand "
.. ada yang mengatakan kalau jatuh cinta rasanya cinta itu setengah mati
..ada yang kata cinta itu perasaan yang sangat romantik dan mendalam.
... dan banyak lagi. 

Namun adakah kita pernah menjumpai erti cinta dalam diri kita. Definasi cinta yang sebenar dapat kita temukan melalui Firman Tuhan. pengertian cinta adalah cinta yang Tuhan berkati. Cinta suci menghasilkan perhubungan suci. Amen.

Kumangbaik_jue.

" Ya Tuhan yang mendengarkan seruan hatiku,
kepadaMu ku berharap.. jalan KasihMu mendahului hidupku,
jagalah dia yang ku kasihi ya Tuhan,
biar matanya tertuju pada rencanaMu,
Beri dia hikmat dan pertimbangan,
Mengenal diriku sebagai  tubuh dari tulang rusuknya
Tuhan lah yang memimpin kami dalam percintaan yang suci.
Sehingga indah pada waktunya kami bersama selamanya. "