AMSAL 31: 10-31
Shallom,
Tuhan memberkati semua. Penulisan ini adalah yang pertama
buat tahun 2015. Pada waktu saya bersendirian saya merenungkan sifat sifat
wanita-wanita yang tercatat di dalam Alkitab. Saya terkagum melihat
contoh-contoh daripada setiap mereka yang mana sehingga membolehkan nama mereka
tercatat dan menjadi contoh bagi semua orang sampai ke hari ini. Penulisan kali
ini, saya begitu rindu untuk mendorong setiap para wanita membangunkan sifat-sifat
wanita Kristus dalam diri masing-masing. Saya suka sekali menyimpulkan bahawa
wanita itu merupakan “wanita anugerah”. Kenapa seperti itu? Kerana sejak dari
kejadianNya wanita itu diadakan sebagai hadiah. Sudah tentunya kalau disebut
hadiah itu sesuatu yang sangat indah. Dan sungguh wanita itu indah. Amen
Wanita anugerah punyanya seperti ini :
Apabila saya membaca tentang Ester, Hana,
Maria, Ruth, Abigail, Rahab, Sarah, Ribka, Lydia dan banyak lagi saya melihat
bahawa kesemua wanita ini menjadikan Tuhan sebagai yang utama dalam hidup
mereka. Betapa iman mereka kepada Tuhan membawa banyak perubahan kepada setiap
Rencana Tuhan ke atas dunia. Sifat ketaatan mereka membenarkan Tuhan bekerja
dalam hidup mereka itu suatu hal yang luar biasa. Begitulah seharusnya yang
kita miliki sebagai wanita Kristus yang mana kita ini akan menjadi wanita di
Hati Bapa. Punya hati yang mengharapkan Tuhan dalam setiap aspek hidup kita.
Ada banyak wanita meletakkan hati mereka kepada kehendak semata-mata. memang
wanita itu banyak kehendaknya. Bicara mengenai kehendak saya melihat teladan
dari Ester sang Ratu. Pada waktu dia dalam pemilihan untuk menjadi seorang ratu
satu sifat yang ditunjukkan oleh Ester ialah dia tidak menginginkan kemewahan yang
ditawarkan kepadanya. Dia tidak meminta-minta dan itu sangat menyenangkan hati
para sida sang raja. Dia punya kecantikan yang sangat murni iaitu kecantikan
dari dalaman hatinya itulah yang membolehkan dia menjadi Ratu.
Kepercayaan itu sesuatu harta terpendam bagi
setiap orang. Kepercayaan juga menuntut kesetiaan dari kita sendiri. Orang yang
boleh di pecayai juga adalah seorang yang setia. Baik dalam hal besar atau kecil sifat boleh
di pecayai itu sangat penting. Terutama sekali tentang apa yang keluar daripada bicaramu. Orang
yang boleh di pecayai tidak boleh berbohong harus tulus terhadap orang lain.
3 ) Kerajinan yang tak luntur
Berbicara bila kamu harus berbicara dan
bertingkahlah cermat dalam semua hal. Wanita memang banyak percakapannya. Apa
saja yang dilihat oleh matanya pasti akan membuatkan bibirnya membuat
penilaian. Terkadang itu boleh menyebabkan banyak perkataan yang sia sia
tekeluar dari bibirnya yang mungil itu. Untuk menjaga bicara dan tingkah itu
memang bukan mudah namun kita boleh praktikkan sedikit demi sedikit. Mengawal
bicara dan tingkah merupakan kebijaksaan seorang wanita. Di dalam alkitab kita
dapat melihat contoh Abigail dalam kebijaksanaannya sehingga dia menjadi wanita
yang di puji puji.
( 1 Sam 25:3 )