Ada seekor anak arnab yang sangat manja dengan ibunya dan
ibunya sangat memanjakan dia. Suatu hari anak arnab ini merajuk dengan ibunya
oleh kerana ibunya tidak membenarkan dia berjalan sendirian. Anak arnab berkata
“ Saya sudah bosan mendengar larangan ibu dan saya mau pergi jauh dari ibu.
Saya mau lari ke gunung”.Jawab ibunya “ di gunung aku ada bersamamu”. Anak
arnab berkata “ kalau begitu saya mau
lari ke lembah”. Jawab ibunya “ di lembah aku ada bersamamu”. Anak arnab
berkata lagi “ Jika begitu aku lari ke
gurun”. Jawab ibunya “ di gurun aku ada bersamamu”.Akhirnya anak arnab berkata “
ah ibu ini, ke mana aku boleh pergi tanpa ibu ada di situ ? Jawab ibunya “ kemana saja kamu pergi, aku ada
di situ, buktinya seperti sekarang kamu masih bersamaku sementara hatimu mau
meninggalkan ibu .. kamu masih tetap bersembunyi di dalam pelukan ibu apabila
ketakutan ”.
Mazmur 139 : Tuhan, Engkau menyelidiki dan mengenal aku. Engkau
mengetahui kalau aku duduk atau berdiri, Engkau mengerti pikiranku dari jauh. Engkau
memeriksa aku, kalau aku berjalan dan berbaring, segala jalanku Kaumaklumi. Sebab
sebelum lidahku mengeluarkan perkataan, sesungguhnya, semuanya telah Kau ketahui ya Tuhan. Dari belakang dan dari
depan, Engkau mengurung aku, dan Engkau menaruh tanganMu ke atasku. Terlalu
ajaib bagiku pengetahuan itu, terlalu tinggi, tidak sanggup aku mencapainya. Ke
mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari hadapan Mu? Jika
aku mendaki ke langit, Engkau di sana, jika aku menaruh tempat tidurku di dunia
orang mati, di situ pun engkau. Jika aku terbang dengan sayap fajar, dan
membuat kediaman di ujung laut, juga di sana tanganMu akan menuntun aku, dan
tangan kananMu memegang aku. Jika aku berkata, “ Biarlah kegelapan saja
melingkupi aku dan terang sekelilingku menjadi malam”, maka kegelapan pun tidak
mengelapkan bagiMu, dan malam menjadi terang seperti siang, kegelapan sama seperti
terang.
Terkadang kita bertindak seperti anak arnab, iaitu mahu
memberontak dari perlindungan ibunya. Ilustrasi ini menerangkan bagaimana
terkadang kita tidak mahu Tuhan menjagai kita. Kita mahu melakukan hal menurut
hati dan kehendak kita, sudah tentunya keinginan yang tidak menyenangkan hati Tuhan malah ia tidak benar juga bagi
pandangan manusia. Kita bertindak mahu melukai hati Tuhan lalu tidak mahu juga
mendengarkan perkataan nasihat dari yang lain. Justru, kita berkata juga
membenarkan diri kita sendiri berbuat salah di dalam hati “ ini hidup saya! Tiada
siapa berhak mencampurinya. Tuhan juga tidak berhak. Sekali ini saja biarkan
saya dengan cara sendiri, lalu berbuat sedikit kesalahan tidak apa apa juga. Ini
hidup saya ! saya mahu hak saya !” sifat
sebagai manusia selalu mahu mementingkan diri, itu memang tidak dinafikan. Tanpa
kita menyedari sebenarnya hidup kita adalah milik Tuhan. Dialah yang punya hak
sepenuhnya ke atas kita dan jika kita memberontak kita menolak hak Tuhan dalam
hidup kita. Buktinya, nafas hidup kita setiap hari.. bagaimana mungkin kita katakan
bahawa oksigen itu juga hak kita jikakalau hidupan yang lain turut berhidup
olehnya? Bagaimana mungkin kita berkata matahari kepunyaan kita jikakalau
seluruh bumi dan semesta di terangi olehnya? Sedari diri kita kepunyaan Tuhan dan Dia lah
berkuasa atas hidup kita. Mengetahui yang belum kita ketahui. Menyediakan apa
yang belum kita minta. Terpujilah Tuhan, Sang Pencipta Kita.
“ Saya berdoa Ya Tuhan, bahawa hati ini tidak akan pernah
mahu menjauhi diri dari pengelihatanMu bahkan semakin hari mahu terus tinggal
dalam dakapanMu. Amen”.